Rosmah
sudah kembali lagi. Setelah selesai mengerjakan haji dan agak sepi
semasa perhimpunan agung UMNO, wanita pertama Malaysia, atau lebih
dikenali dengan nama FLOM sudah siap sedia untuk menyerlah, dan kenapa
tidak?
Jika ramalan pemerhati politik
tepat tentang suaminya yang bakal dijatuhkan, iaitu Najib Razak, dia
akan langsung dipinggirkan dari golongan atasan. Mereka berdua akan
dipulaukan seperti penyakit berjangkit dan Najib juga akan kehilangan
jawatan sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti tahun 2012 yang akan
datang.
Ini akan menjadi tamparan yang maha hebat buat Rosmah.
Pada 10 Disember yang lalu,
sahabat dan pencacainya telah mempersembahkan wanita berusia 60 tahun
ini dengan sebuah kek harijadi yang amat besar, hampir sebesar sebuah
meja. Tidak seperti saiz dan rupa pelik yang dipersembahkan oleh
pemimpin UMNO Pulau Pinang kepada Lim Guan Eng, kek Rosmah yang berwarna
putih dan pastel begitu cantik.
Ramai yang berfikir, berapakah
kos kek tersebut dan adakah pemberinya mengharapkan pulangan dari FLOM?
Jika ia sebenarnya dibuat untuk meraikan kejayaan kumpulan kebajikan
PERMATA kenapa tidak tertulis, “Selamat ulangtahun ibu PERMATA”
diatasnya?
Bukankah Rosmah sepatutnya
meraikan harijadi di dalam parti tertutup dan menggunakan duitnya
sendiri untuk membuat persediaan itu? Walhal itu adalah harijadinya.
Apa pun, bermula dengan parti
kecil yang ditaja ini Rosmah seakan-akan memberitahu semua bahawa
setelah perhimpunan agung UMNO, dia sudah kembali dengan penuh gaya.
Menang atau kalah, keluarga
Najib akan keluar dari Putrajaya, tiada majlis meriah meraikan mereka.
Walaupun begitu, mereka akan tetap pergi dengan segala kemewahan yang
telah diikaut sementara rakyatlah yang sengsara membayarnya.
Kisah cinta dan perkahwinan
Sebagai bekas pegawai bank, Rosmah sememangnya jauh lebih bijak dari rakan-rakan yang lain.
Dia telah berjaya menawan hati bakal perdana menteri dan ini telah membuktikan kelicikkannya.
Lahir dalam keluarga yang
sederhana, dia berjaya memasuki Kolej Tunku Kursiah, seterusnya
Universiti, mengahwini personaliti tv, mengadakan hubungan sulit dan
seterusnya berkahwin dengan Najib.
Najib yang merupakan anak sulung
perdana menteri kedua Abdul Razak Hussien telah pun mendirikan rumah
tangga dan merupakan menteri pendidikan sewaktu mereka mula berkenalan.
Namun
, percintaan mereka lebih hebat
dari ikatan perkahwinan masing-masing dan mereka kemudiannya
meninggalkan pasangan mereka untuk bersama.
Bagi membuktikan bahawa dia
layak untuk pengorbanan yang dibuat, Rosmah membiarkan dirinya
dibelakang tabir, dan menjadi seorang isteri yang taat, penyayang dan
memberikan sokongan penuh kepada suami. Dia telah berjaya melindungi
sikap sebenarnya yang dikatakan pengkritik sebagai seorang yang
bercita-cita besar dan boros.
Tidak sabar untuk menggantikan Jeanne Abdullah
Mungkin Rosmah merasakan bahawa
dia telah lama bersabar dan tidak mampu menunggu lagi untuk menjadi
isteri perdana menteri sehinggakan didalam perbualannya dengan
rakan-rakan rapat,
mengejek Tun Jeanne Abdullah sebagai tidak layak untuk anugerah tersebut.
Apabila sampai masa Najib
mengambil alih kediaman rasmi perdana menteri, Rosmah telah menempah
kelengakapan dalam rumah yang mewah dan baru berharga mencecah RM65
juta.
Tapi, pada malam 9 Disember 2006, dalam majlis makan malam rasmi yang meraikan penabalan YDA ke 12,
dia telah menunjukkan belangnya apabila mengarahkan majlis ditamatkan pada pukul 10 malam.
Dengan satu arahan keras, Rosmah
telah memendekkan majlis lebih awal 2 jam yang telah menyekat YD Agung
untuk bermesra dengan tetamu yang datang dari dalam dan luar negara.
Cintakan Bollywood
Kerenah besar kepala yang
ditunjukkan oleh Rosmah adalah kerana semata-mata mahu menghadiri majlis
penuh glamor, iaitu Global India Film Awards [GIFA BOLLYWOOD] yang
diadakan di Stadium Bukit Jalil.
Disana, Rosmah dengan beraninya
meninggalkan rombongan termasuk suaminya dan beberapa kenamaan yang
juga dipaksa balik untuk menonton dirinya bermesra dengan artis
Bollywood tanpa segan silu.
Pada ketika itu, belang
sebenarnya nampak satu persatu. Skandalnya tidak mengenal batasan, dari
penglibatannya dalam komisyen kapal selam Scorpene, yang melibatkan
pembunuhan Altantuya Shaariibuu, keakrabannya dengan golongan
antarabangsa yang kaya dan mewah, berbelanja dengan boros dan pembelian
barangan peribadi dari beg tangan Birkin yang bernilai RM100 000
sehinggalah ke cincin berlian biru yang berharga RM73 juta.
Tabiat borosnya telah menjadikan
rakyat miskin semakin geram dengan perempuan yang melantik dirinya
sebagai Wanita Pertama Malaysia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan